emeng_bali

Ikon

Just another WordPress.com weblog

Air Mata Hati


“Abang, thanks for the lovely day. Thanks for being my lovely husband. Thanks sebab sudi terima sayang. Sayang akan ingat semua ini hingga ke akhir nafas sayang. Thanks, abang. Hanna sangat menghargainya”, ujar Ezani pada Fakrul yang sedang memeluknya dari belakang. Wajah Fakrul yang tersenyum, direnungnya melalui cermin meja solek dihadapannya.

Fakrul hanya tersenyum bahagia mendengarkan kata-kata bahagia yang dituturkan isterinya. Tiada lain yang dia pinta melainkan bahagia isterinya.

“Thanks juga pada sayang sebab jadi hadiah terindah dalam hidup abang. Siap bagi abang hadiah bonus lagi. Hehe.. baby kita yang bakal lahir tak lama lagi”, kata Fakrul sambil tertawa kecil. Leher dan bahu Ezani dikucupnya perlahan. Ezani hanya tersenyum sebelum membalas bicara suaminya.

“Siapa cakap tu hadiah bonus untuk abang? Tu kan janji yang abang mintak dari Hanna.. Abang dah lupa kata dua yang abang bagi pada Hanna dulu?”, tanya Ezani dengan wajah yang serius.

Tiba-tiba sahaja wajah Fakrul berubah pucat. Dadanya terasa seolah mahu meletup. Telinganya berdesing. Matanya terasa berpinar. Dirinya terasa seperti banduan yang bakal menjalani hukuman gantung. Tangannya yang melingkar dipinggan Ezani jatuh serta merta. Kemudian, Fakrul berdiri terkaku tanpa bicara.

Melihatkan Fakrul yang dia tanpa respon, Ezani berpaling untuk menghadap Fakrul. Kelihatan Fakrul bergerak menuju ke katil dan duduk dibirai katil sambil tertunduk. Lagaknya seperti orang yang putus asa.

“Hei.. napa abang diam je ni? Abang tak sihat ke?”, tanya Ezani lembut sambil meletakkan tangannya di dahi Fakrul. Biasa je. Takkan gastric kot. Risau pula melihat suaminya yang tiba-tiba berubah seperti tidak bermaya. Sedangkan tadi sungguh ceria wajahnya, walaupun penat melayani tetamu yang hadir pada majlis persandingan mereka tadi.

“Abang.. abang ok ke?”, tanya Ezani sambil menggoyangkan sedikit bahu suaminya. Seketika barulah Fakrul tersedar.

“Memang itu ke perancangan Hanna?”

“Hah?! Perancangan? Perancangan apa bang?”, dahi Ezani sedikit berkerut mendengarkan soalan yang tiba-tiba dari suaminya itu.

“So, sebab tu Hanna pragnent? Sebab janji abang dulu? Hanna memang tak sayangkan abang ke? Hanna nak tinggalkan abang ke? Apa selama ini kasih sayang yang abang berikan buat Hanna masih belum cukup ke? Kenapa sayang nak tinggalkan abang? Please sayang. Jangan tinggalkan abang… Abang tak tahu macam mana nak hidup kalau sayang tak ada dengan abang..”, bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Fakrul sambil diiringi oleh suatu tangisan. Pinggang Hana yang sedang berdiri disebelahnya dipeluk erat. Seolah tidak mahu Ezani pergi dari dirinya. Mukanya disembamkan ke perut Ezani yang masih leper itu. Masih belum menampakkan bentuknya.

“Ya Allah.. bila pula Hanna cakap Hanna nak tinggalkan abang ni?! Tadi tu Hanna gurau sajalah, bang..”, pujuk Ezani sambil mengusap kepala suaminya dengan penuh kasih sayang.

“Hanna, janganlah tinggalkan abang. Hati abang tak pernah ikhlas menuturkan kata dua untuk melepaskan sayang. Abang tak mahu. Abang tak sanggup. Sayang, percayalah abang… Abang tak nak baby sorang-sorang. Abang nak sayang dengan baby sama-sama dengan abang…”, ngongoi Fakrul lagi. Hatinya begitu takut mendengar kata-kata Ezani tadi. Ezani mengandung hanya kerana kata dua yang pernah diberikannya dulu. Oh..! Tuhan.. aku inginkan isteriku ini untuk terus bersamaku disini. Menemaniku hingga ke akhir hayat nanti. Janganlah Kau pisahkan kami..

“Shhh.. abang, dengar sini..”, kata Ezani sambil cuba untuk duduk disebelah Fakrul dibirai katil. Namun, pegangan Fakrul yang terlalu kejap dipinggangnya menyebabkan dia tidak boleh duduk.

“Abang dengar apa yang Zani nak cakapkan ni dulu ya. But, abang kena bertenang dulu. Zani tak nak abang dengar apa yang Zani nak cakapkan ni dengan perasaan tak menentu. Selagi abang tak nak bertenang, Zani takkan cakap..”, pujuk Ezani seolah-olah Fakrul itu adalah anak-anaknya. Belaian dirambut Fakrul masih lagi diteruskan kerana Ezani tahu Fakrul gemar dibelai begitu.

Mendengarkan kata-kata Ezani itu, Fakrul akhirnya cuba bertenang. Dirinya cuba memberikan fokus pada apa yang bakal Ezani perkatakan. Kepalanya didongakkan supaya matanya boleh melihat terus ke dalam anak mata Ezani. Mencari kepastian dan ketulusan hati Ezani.

“Abang bagi Zani duduk dulu ye.. Zani penatlah.. Zani janji Zani tak pergi jauh dari abang..”, kata Ezani lagi. Sungguh, kakinya terasa lenguh kerana berdiri terlalu lama. Ditambah pula dengan Fakrul yang sedang erat memeluk pinggangnya, membuatkan kakinya seperti tidak mampu berdiri lagi.

Perlahan-lahan Fakrul melepaskan pelukkan dipinggang Ezani. Namun, sepantas kilat tangannya pula menyambar pergelangan tangan Ezani dan menariknya duduk rapat disebelahnya, dibirai katil. Bimbang sungguh andai Ezani akan pergi melarikan diri.

Ezani tersenyum melihat perlakuan yang dilakukan oleh suaminya itu.

“Hanna takkan lari lah abang.. Baby mana keluar lagi..”, Ezani masih lagi ingin mengusik suaminya. Tapi sungguh, hatinya terharu melihat tindak balas yang diberikan oleh suaminya terhadap gurauannya tadi. Tidak sangka pula dia, Fakrul akan mengambil serius kata-katanya tadi. Senyuman kecil berkuntum dibibirnya apabila melihat Fakrul menarik muka kembali. Tawa halus juga kedengaran.

“Abang, tadi tu Hanna bergurau jelah. Takkanlah Hanna sanggup nak tinggalkan abang. Abanglah cinta Hanna buat selamanya. Ni janji Hanna, abanglah satu-satunya cinta yang akan mekar di hati Hanna selagi Hanna belum tutup mata. Cumanya bang, abang tak boleh macam ni. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan nanti. Hanna takut tau tengok abang macam ni.. Hanna hargai cinta abang, sayang abang pada Hanna but please jangan terlalu sayangkan Hanna. Hanna manusia biasa bang, ada jangka hayatnya.. Tiba masanya kita semua akan pergi..”, lembut suara Ezani menuturkan kata-kata itu. Sungguh hatinya bimbang. Bagaimana keadaan Fakrul nanti andai suatu hari nanti sesuatu yang buruk berlaku pada dirinya? Masa depan, siapa yang mampu menebaknya?

“Hanna.. Sayang, please… Hanna tau kan yang abang tak suka bila sayang cakap hal-hal macam ni..?!”, tegur Fakrul.

“Ye.. sayang tahu.. but Hanna risau tengok abang macam ni.. siapa tahu masa depan bang..”, jawab Ezani lagi.

“Abang kena ingat, kita sebagai manusia ini tertakluk di bawah kekuasaan Allah. Sekali Dia katakan “kun fa ya kun”, maka jadilah perkara tu bang. Apa hak kita sebagai manusia untuk tidak mahu menerima segala takdir-Nya sedangkan kita Cuma hamba-Nya yang kerdil dan lemah? Abang.. Abang boleh sayang Hanna but please jangan bagi lebih dari rasa sayang abang kepada Dia yang satu dan juga diri abang.. Kalau betul abang sayangkan Hanna, Hanna nak abang sayangkan diri abang dulu. Jangan sakitkan diri abang macam selalu. Abang ugut Hanna dengan tak mahu makan. Semua tu bukan bukti abang sayangkan Hanna, tapi bukti yang abang tak sayangkan Hanna. Sebabnya, bila abang tak makan sebenarnya abang siksa diri Hanna, bukan abang..”, pinta Ezani panjang lebar. Dirinya berharap sangat agar Fakrul dapat menerimanya dengan sepenuh hati.

Fakrul hanya diam mendengar butir bicara Ezani itu. Terkesan jua sedikit sebanyak kata-kata itu dihatinya. Namun, untuk mengurangkan rasa sayang buat Ezani dari hatinya, itu semua suatu yang mustahil. Dia tidak akan mampu melakukannya.

“Abang jangan risau.. Hanna akan tetap cinta dan sayangkan abang sampai bila-bila. Abang sendiri pun pernah cakap dulu kan? Yang abang tahu, cinta dan kasih Ezani buat abang telah, sedang, masih dan akan terus kekal buat abang.. Sesungguhnya saya Ezani Hanna Mustaqim bersumpah untuk mencintai Fakrul Ezairy Aminuddin seumur hidupnya. Moga Hanna dapat membahagiakan abang selamanya..”, ujar Ezani tulus. Tangannya ditegakkan sebagai tanda dia bersumpah.

Fakrul meramas lembut tangan Ezani itu. Tidak perlu sumpah itu semua kerana hatinya sudah cukup bahagia dengan adanya Ezani disisinya. Cukuplah.. asalkan Ezani ada disisinya..

“Tak perlu sumpah ini semua, sayang. Kehadiran sayang adalah segalanya buat abang. Tentang kata-kata Hanna tadi, abang tak janji dapat mengurang kasih sayang abang buat Hanna. Kalau ya pun boleh, abang tak nak dan tak akan lakukannya. But, abang akan cuba lakukan sesuatu untuk tingkatkan rasa cinta abang pada Dia yang satu. Terima kasih Hanna sebab menyedarkan abang akan hakikat yang satu itu.. Abang sayangkan Hanna..”, ucap Fakrul sebelum dia meraih Ezani ke dalam pelukkannya. Apabila hatinya dan hati Ezani dekat bersatu, barulah rasa gundahnya surut perlahan-lahan. Ketenangan mula hadir di situ.

“Abang sayangkan Hanna..”, ucap Fakrul lagi.

“Hanna pun sayangkan abang. Hmm.. dah lah.. tak mau sedih-sedih lagi.. His.. tadi abang nangis kat perut Hanna, mesti baby dengar papa dia nangis.. Lepas tu mesti baby cakap.. huhu.. papa tak malu sebab nangis kat perut mama..”, Ezani cuba menceriakan suasana.

“Huh.. mama jahat..”, ucap Fakrul. Tapi suatu kuntuman senyum bahagia sudah mula tersiat dibibirnya. Tangannya pula pantas memicit hidung Ezani. Ezani menyeringai kesakitan.

“Aaauwww!! Sakit la bang”, kata Ezani sambil menarik muka.

“Padan muka. Siapa suruh cakap yang bukan-bukan..”, kata Fakrul sambil ketawa.

Ezani ketawa mendengar ejekan suaminya. Lega sudah rasa hatinya tatkala mendengar ketawa terbit dari bibir suaminya. Hidungnya yang sedikit merah digosoknya perlahan.

“Hehe.. Hanna ingat nak buat gimik tadi.. skali jadi drama da..”, usik Ezani lagi sambil ketawa. Fakrul hanya menayangkan muka – Entah.. Tak tahu..

“Tapi walau apa pun yang berlaku, Hanna rasa happy sangat. Tambah pulak fasal majlis sanding kita tadi. Hanna terharu sangat. I love it..”, ucap Ezani bersungguh-sungguh. Tangan suaminya diraih. Belakang tangan suaminya dikucup lembut.

Tidak disangkanya Fakrul akan menyediakan suatu majlis persandingan yang sangat istimewa buatnya. Pada awalnya, Ezani menyangka bahawa majlis persandingan mereka itu hanyalah majlis persandingan biasa. Tetapi Ezani silap. Tidak disangkanya suaminya itu sekreatif itu.

Di saat pintu dewan dibuka, Ezani melihat keadaan di dalam dewan yang gelap. Satu lampu sorot dihalakan ke arahnya dan music instrumental – You’re My Everything tiba-tiba bergema. Tidak lama kemudian, satu lagi lampu sorot menyala dan sorotannya menghala ke arah suatu sudut. Figura Fakrul yang pada mulanya samar-samar kini kelihatan semakin jelas. Dengan ditemani oleh debaran dihati, Ezani melangkah perlahan-lahan melalui laluan yang dialasi dengan kelopak mawar merah. Sungguh indah rasanya disaat itu. Sebaik sahaja Ezani memulakan langkahnya, kedengaran suara Fakrul mengungkapkan ’30 perkara mengapa aku sayang padamu’. Hampir menitis air mata Ezani tatkala mendengarkan bait-bait yang diucapkan oleh suaminya itu. Setibanya Ezani di pelamin, Fakrul menghadiahkan sejambak bunga mawar merah sambil mengucapkan “Hanna, abang cintakan sayang”.

Setelah Ezani duduk disinggahsananya, music instrumental My Baby You pula kedengaran. Tetapi kali ini ianya bukan music instrumental semata-mata. Music tersebut diiringi oleh suara Fakrul. Fakrul menyanyikan lagu tersebut dengan penuh rasa dijiwa. Akhirnya menitis jua air mata Ezani, bahagia.

“Hanna tau, seminggu abang berlatih dan planning semua tu. Sampai ada orang tu merajuk-merajuk sebab abang selalu balik lambat”, perli Fakrul sambil ketawa. Teringat bagaimana wajah Ezani yang menyambut kepulangannya ke rumah seminggu yang lalu. Masam habis. Pening juga kepalanya hendak memikirkan auta apa yang akan diberikan sebagai alasan buat Ezani setiap hari. Semuanya semata-mata ingin menghadiahkan surprise ini buat Ezani.

“Oh.. itu yang sampai bagi alasan yang pelik-pelik pada Zani ye.. sampaikan alasan yang tak logik pun ada.. Ada ke patut abang cakap, abang balik lambat sebab tolong hantar Mak Munah ke hospital sebab nak bersalin. Kalau ye pun nak menipu agak-agak lah.. Umur Mak Munah tu kan dah enam puluh tahun. Mana logik kalau dia nak bersalin. Mana Hanna tak merajuk..”, perli Ezani pula sambil ketawa. Pecah tawa Fakrul mendengarkan perli dari Ezani itu. Fakrul ingat lagi bagaimana paniknya dia apabila Ezani langsung tak keluar-keluar daripada bilik air selagi dia tidak memberikan alasan kenapa dia sering balik lambat. Entah bagaimana tiba-tiba boleh terpacul “Abang bukan sengaja tapi Mak Munah emergency tadi.. nak bersalin..”

“Eleh.. tapi sayang keluar jugakkan dari bilik air tu lepas abang cakap macam tu”, sela Fakrul pula dengan tawa yang masih bersisa.

“Memang la Hanna keluar. Abang, sebenarnya malam tu Hanna masuk bilik air bukan sebab Hanna merajuk tapi sebab Hanna sakit perut.. Saja je Hanna buat gimik. Tak sangka pulak abang nak bagi alasan kelakar sampai macam tu sekali..”, kata Ezani membuka rahsia. Ketawa yang mula surut kembali kuat bergema sekali lagi. Fakrul pula yang tercengang kini.

Jadi malam tu sayang tak merajuklah..? Huh!! Penat je abang fikir alasan apa abang nak bagi pada sayang..”, kata Fakrul pula.

Tapi kenapa lepas sayang keluar tu sayang still tak nak layan abang?”, tambah Fakrul pula setelah beberapa ketika berfikir cuba mengingati detik-detik Ezani merajuk dengannya dulu.

Yelah.. time tu baru Hanna betul-betul merajuk. Sebab nampak sangat abang memang ada niat nak tipu Hanna..”, jawab Ezani pula.

Huh!! Kalau abang tau macam tau baik abang tak payah cakap lebih-lebih malam tu. Tak fasal-fasal abang kena tidur sorang-sorang kat depan tv malam tu..”, kata Fakrul kesal. Ezani pula terus dengan ketawa.

Filed under: Uncategorized,

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Metal Video Free Download, Death Metal Video, Black Metal Video, Heavy Metal, A-Z - VileMetalVids.com //]]>-->

var gaJsHost = (("https:" == document.location.protocol) ? "https://ssl." : "http://www."); document.write(unescape("%3Cscript src='" + gaJsHost + "google-analytics.com/ga.js' type='text/javascript'%3E%3C/script%3E")); var pageTracker = _gat._getTracker("UA-3302257-1"); pageTracker._initData(); pageTracker._trackPageview();
Liputan 6 - Aktual Tajam dan Terpercaya
<!--// -->
<!--// -->

Kontak Kami

Email : redaksi@sctv.co.id atau liputan6@sctv.co.id     Faximile : 021 - 7278 2055,
Telepon : 021 - 2793 5555 Ekstensi 1211 - 1216,
SMS : ketik komentar <spasi> Komentar Anda, Kirim ke 7266
lain-lain : kirim komentar di http://blog.liputan6.com, kirim surat pembaca di http://www.liputan6.com
KOMPAS.com
Minggu, 20 Februari 2011
Selamat Datang   |      |  
<!-- -->
Afrika Barat
Sementara, di Koumassi dekat Abidjan, pasukan pro-Gbagbo juga menembakkan gas air mata kepada para...

KOMPAScom

KompasBola

KompasOtomotif

KompasEntertainment

KompasTekno

Saham & Valas Update : 20/2/2011 02:01
USD
8855.00
DJI
10340.69
EUR
12130.0215
FTSE
6082.99
JPY
106.4431
N300
198.07
AUD
8983.8398
HSI
23595.24
HEADLINE
HEADLINE
SPONSORED CONTENT
1 2 3 4 5 6
Topik Pilihan
KONGRES PSSI
Komite Pemilihan merahasiakan alasan tidak lolosnya Arifin Panigoro dan George Toisutta, serta calon lain, dari proses verifikasi.
FILM HOLLYWOOD MENGHILANG?
Dengan ditariknya film-film Hollywood dari bioskop-bioskop, menurut Tantowi Yahya, ini menjadi satu peluang besar bagi industri...
UBERTWITTER DIBLOKIR
Fitur pemanjang Twitter melalui alamat tmi.me kemungkinan masih bisa digunakan kecuali untuk Direct Message dan akun yang...
KRISIS TIMUR TENGAH
Amnesti tersebut dijanjikan kurang dari sepekan gelombang protes, yang memaksa mantan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali lari...
Pilihan Editor
<!---Gate Kaleidoskop 2010
--->
<!--//<![CDATA[ var m3_u = (location.protocol=='https:'?'https://ads4.kompasads.com/new2/www/delivery/ajs.php':'http://ads4.kompasads.com/new2/www/delivery/ajs.php'); var m3_r = Math.floor(Math.random()*99999999999); if (!document.MAX_used) document.MAX_used = ','; document.write (""); //]]>-->
<!--//<![CDATA[ var m3_u = (location.protocol=='https:'?'https://ads4.kompasads.com/new2/www/delivery/ajs.php':'http://ads4.kompasads.com/new2/www/delivery/ajs.php'); var m3_r = Math.floor(Math.random()*99999999999); if (!document.MAX_used) document.MAX_used = ','; document.write (""); //]]>-->
<!--//<![CDATA[ var m3_u = (location.protocol=='https:'?'https://ads4.kompasads.com/new2/www/delivery/ajs.php':'http://ads4.kompasads.com/new2/www/delivery/ajs.php'); var m3_r = Math.floor(Math.random()*99999999999); if (!document.MAX_used) document.MAX_used = ','; document.write (""); //]]>-->
<!---->
<!-- -->
Pilih Surat Kabar Bangka Pos Banjarmasin Post Kompas Pos Kupang Serambi Indonesia Sriwijaya Post Surya Tribun Batam Tribun Jabar Tribun Kaltim Tribun Pekanbaru Tribun Timur Wartakota Pilih Majalah & Tabloid Angkasa Bola Chip Gaya Hidup Sehat Hai Info Komputer Kontan Motor Plus Otomotif Net Nakita National Geographic Nova PC Plus Sinyal Soccer Idea Pilih Penerbit Elex Media Komputindo Gramedia Majalah Gramedia Pustaka Utama Grasindo Kepustakaan Populer Gramedia Gramedia International Pilih Media Elektronik KOMPAS.com Sonora Motion FM Pilih Industri Bentara Budaya Dyandra Promosindo PT Gramedia Printing Group Universitas Media Nusantara Pilih Hotel Amaris Hotel Santika Indonesia The Kayana The Samaya